top of page

Apa Itu e-Usahawan?

 

   E-Usahawan adalah sebuah program yang dijalankan oleh MDEC dan kerajaan sebagai satu usaha untuk membantu rakyat. Ia telah dilancarkan pada tahun 2015 oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia atau lebih dikenali sebagai MDEC.

 

   Matlamat program ini adalah memberi pendedahan dan memurnikan inspirasi keusahawanan digital dalam kalangan belia Malaysia dan para usahawan mikro Perusahaan Kecil dan Sederhana untuk menjana pendapatan lumayan menerusi platform digital.

 

   Pacuan projek ini juga dilaksanakan dengan pelbagai program seperti ekosistem e-dagang, Digital Maker Movement dan pengenalan kategori lokasi baru iaitu Hab Digital Malaysia.

 

   Justeru itu, program eUsahawan menawarkan satu dunia ilmu keusahawanan untuk diterokai oleh mereka yang berani berubah dan berminat untuk mengembangkan sayap di alam perniagaan. Para peserta akan diberi pendedahan terhadap teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan dalam dunia semasa.

 

Apakah Pengiktirafan program ini?

 

Program ‘Keusahawanan Digital’ eUsahawan kini telah diiktiraf sepenuhnya oleh institusi bertauliah, Badan Kelayakan dan Peraturan Peperiksaan (OFQUAL), United Kingdom.

 

OFQUAL adalah pengawal atur kelayakan, peperiksaan dan penilaian di England dan penguatkuasa kelayakan vokasional di Ireland Utara.

 

Pengiktirafan antarabangsa ini memperlihatkan komitmen eUsahawan untuk menjaga standard yang diperlukan ahli professional keusahawanan digital.

 

Hal ini adalah dengan misi MDEC untuk memperjuangkan ekonomi digital Malaysia dan visi negara untuk berkembang sebagai hab digital global.

 

Manfaat e-Usahawan

 

Program e-Usahawan menyediakan 6 manfaat kepada peserta untuk meluaskan lagi pasaran produk mereka kepada kumpulan pengguna yang lebih luas.

 

6 manfaat tersebut adalah:

   1) eU@Marketplace

   2) Bimbingan dan Mentor

   3) Logistik dan e-Fulfillment

   4) Kewangan dan Dana

   5) Penjenamaan dan Pemasaran

   6) Gerbang Pembayaran

 

Perincian 6 Manfaat program eUsahawan

 

1)  eU@Marketplace

 

eU@Marketplace merupakan salah satu dari initiatif MDEC untuk membantu peserta-peserta eUsahawan untuk meluaskan lagi pasaran produk mereka kepada kumpulan pengguna yang lebih luas. MDEC membantu peserta dengan menyediakan platform dagangan online untuk menjual dan mempromosikan produk mereka ke pasaran luar dengan kerjasama pelbagai pihak yang berkaitan.

 

Terdapat 7 eU@Marketplace

   1) Avana

   2) Easystore

   3) Lelong.my

   4) MyBazaar

   5) Shopee

   6) 11 Street

   7) amaxMall

 

2) Bimbingan dan Mentor

 

Kekurangan pengalaman dan ilmu perniagaan mungkin menyebabkan seseorang rendah diri dan tidak bersedia untuk menceburi bidang keusahawanan.

 

Namun melalui latihan dan kursus keusahawanan MDEC yang disediakan, potensi dan bakat perniagaan dapat diserlahkan oleh setiap usahawan kami.

 

Maksimumkan potensi sebenar individu dan perniagaan melalui bimbingan oleh ahli industri dan pakar bidang khusus.

 

Sekurang-kurangnya 15 peserta produktif  eUsahawan akan  dipilih untuk mengikuti program Boost Your Business (BYB) selama 3 hari. Para peserta telah mendapat manfaat yang berguna seperti kursus teknikal, bantuan perniagaan, network dan sebagainya.

 

3) Logistik dan e-Fulfillment

 

Program e-Usahawan menyediakan saluran pengurusan logistik dan e-fullfilment.  eFulfilment adalah pengurusan aktiviti fizikal penghantaran produk dan perkhidmatan melalui jaringan sistem inventori bagi membantu anda memenuhi permintaan pelanggan. Inisiatif ini mencadangkan beberapa syarikat perkhidmatan kurier yang boleh memberikan khidmat penghantaran produk jualan anda dengan selamat, pantas dan cekap.

 

Cadangan saluran eFullfilment

   1) Pos Laju

   2) CollectCo

   3) Hubwire

   4) iStore iSend

   5) DHL

   6) FedEx

   7) Nationwide

   8) EasyParcel

   9) SKYNET

   10) GDEX

​

4) Kewangan dan Dana

 

Antara elemen penting untuk memastikan empayar perniagaan yang dibina untuk terus kekal dalam dunia bisnes adalah dengan menjaga keutuhan sistem kewangan syarikat.

 

MDEC membantu anda untuk menguruskan kewangan syarikat melalui pengurusan kewangan dan dana bagi kelestarian perniagaan yang dibina.

 

Rakan kerjasama strategik MDEC untuk program e-usahawan adalah Bank Negara, Maybank dan A Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK). Peserta program akan diberi kemudahan mendapatkan kemudahan dan khidmat yang ditawarkan oleh ketiga-tiga agensi ini.

​

5) Penjenamaan dan Pemasaran

 

Strategi menambah nilai komersial dan imej pada produk yang dijual dapat membantu dalam menentukan bentuk pemasaran yang akan digunakan.

 

Pelajari ilmu pemasaran yang bermakna bagi membantu meluaskan pasaran dan melariskan produk anda kepada potensi pelanggan tidak kira di mana sahaja mereka berada. Kelas-kelas pemasaran yang disediakan akan membantu peserta dan usahawan mendapatkan lebih pendedahan di dalam penjenamaan dan pemasaran yang berkesan.

​

6) Gerbang Pembayaran

 

Apakah yang dimaksudkan dengan gerbang pembayaran? Gerbang pembayaran atas talian (Online Payment Gateway) adalah sebuah sistem yang dibina untuk memudahkan urusan jual beli e-dagang atau perniagaan atas talian antara peniaga dengan pelanggan.

 

Tingkatkan transaksi dan akses perniagaan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan platform pembayaran yang disediakan.

​

Berikut adalah gerbang pembayaran yang disyorkan di dalam program e-Usahawan:

   1) Billplz

   2) MOLPay

   3) MPay

   4) i-Pay88

   5) e-GHL

   6) AsiaPay

   7) PayPal

​

​

Terima kasih.

NUA CHE TAK

TRAINING CONSULTANT

Tel: 010 - 844  7237

8690, Jalan Sempadan Batu 7, Kg Sijangkang,

Telok Panglima Garang, 42500 Selangor,

Malaysia.

bottom of page