top of page

Senarai Harga:

jom belajar berenang

SUSAH KE NAK BELAJAR BERENANG NI?

Berenang sebenarnya mudah. Cuma perlukan masa untuk berlatih. Makin lama kita berlatih teknik renang makin kita dapat rasa rentak yang ideal dengan badan kita. Latihan yang konsisten akan membentuk naluri berenang yang bagus. Apabila kita berjaya pupuk "naluri renang", kita tetap boleh berenang walau pun selepas 10 tahun tak turun ke kolam atau sungai. Ini kerana badan kita dah ada memori teknikal berenang yang disimpan pada minda separa sedar (sub-conscious mind). Samalah macam kayuh basikal.

Pengalaman nua berenang & mengajar 

Saya telah mula berenang secara tak rasmi (tengok orang & tiru) bermula umur 10 tahun. Dengan teknik berenang kampung saya mencuba masuk pertandingan renang di Kolej Matrikulasi. Well, lawan saya majoriti wakil negeri & negara. Jadi saya lepas setakat level inter-college. Semasa buat degree di UPM saya dapat peluang belajar secara rasmi di bawah subjek dalam "degree courses". So dalam sijil degree memang ada "tauliah renang".

 

Setiap orang mempunyai karekter tersendiri. Cara belajar juga berbeza. Ada yang cepat ada yang lambat. Ada yang cepat belajar dengan teori. Ada yang cepat belajar di kawasan kolam yang dalam. Ada yang cepat belajar bila ada kawan. Macam-macam ragam. Jadi saya perlu perhatikan pelajar dan gunakan pendekatan yang sesuai dengan karekter pelajar.  

​

Saya mengajar untuk pastikan pelajar saya boleh berenang bukan setakat di kolam sahaja. Mereka boleh berenang kat sungai, tasik, laut dengan teknik yang betul. Mampu selamat diri sendiri sekiranya berada di alam air, sentiasa tenang & yakin di dalam air. Itu paling penting. 

kos belajar berenang 

Kelas renang akan diadakan selama 2 jam untuk 1 sesi. Cas kelas & latihan adalah mengikut sesi dan bilangan pelajar. Anda boleh pilih sama ada nak ambil 1 sesi atau terus tempah 10 sesi. Ada jugak pakej belajar sampai pandai. Pakej ni tiada had sesi. Untuk pakej 'belajar sampai pandai', peserta akan belajar berenang gaya bebas dan teknik apungan sampai mahir.

​

Ibubapa juga boleh belajar bersama anak-anak di dalam 1 sesi. Lokasi kolam adalah fleksibel. Anda boleh pilih kolam di rumah sendiri atau kolam renang awam di sekitar kediaman. Sila rujuk pada senarai harga.

​

Sila sediakan pakaian renang dan goggle sebagai peralatan paling asas untuk belajar berenang. 

pendaftaran kelas renang

Isi maklumat anda dan pilih slot renang yang dirasakan sesuai. Boleh juga mesej saya untuk tempah kelas atau latihan renang di tempat dan masa yang anda sendiri pilih. 

​

Harap boleh buat tempahan seminggu atau sekurang-kurangnya 3 hari awal untuk mengelakkan slot renang penuh. Sila rujuk pada senarai 'kelas / latihan akan datang'.

PERNAH TAK KORANG MACAM NI?

1) Pergi bercuti ke pulau tapi setakat tengok dari tepi?

2) Rasa berdebar tengok sungai yang dalam?

3) Rasa cemas tak tengok anak-anak berlari ke kolam?

4) Rasa macam tahu berenang tapi bila sampai tempat dalam rasa nak lemas? 

​

Mari belajar berenang dengan NuA. Mulakan dengan teknik yang mudah. Saya & Team menekankan keselamatan & latihan praktikal. Tak guna dapat sijil beribu-riban tapi berenang kelam kabut.

 

Nak tahu cara untuk pastikan anda betul-betul boleh berenang? Pergi ke kolam yang anda tak boleh sentuh dasar dengan berdiri (1.8 meter ke atas) dan cuba berenang. Kalau lepas separuh kolam maksudnya anda dah cukup pandai berenang.

Kelas Renang Kanak-kanak

(6 ke 12 tahun)

   1 sesi RM 40.00 /org

   5 sesi RM 180.00 /org

 10 sesi RM 300.00 /org

Kelas Renang Remaja

(13 ke 17 tahun)

   1 sesi RM 70.00 /org

   5 sesi RM 300.00 /org

 10 sesi RM 500.00 /org

Kelas Renang Dewasa

(18 ke 75 tahun)

   1 sesi RM 100.00 /org

   5 sesi RM 400.00 /org

 10 sesi RM 700.00 /org

Belajar Renang Sampai Pandai

Kanak2: RM 500.00 /org

Remaja: RM 600.00 /org

Dewasa: RM 800.00 /org

kelas akan datang

11 Mei 2018 (Jumaat). 9 pagi. Marina Putrajaya.

​

11 Mei 2018 (Jumaat). 4 petang. Marina Putrajaya.

​

11 Mei 2018 (Jumaat). 8 malam. Komplek Kediaman Presint 16 Putrajaya. 

​

12 Mei 2018 (Sabtu). 9 pagi. Pusat Akuatik Bukit Jalil.

​

13 Mei 2018 (Ahad). 6 petang. Pusat Akuatik Darul Ehsan. Shah Alam Seksyen 13.

​

14 Mei 2018 (Isnin). 6 petang. Pusat Akuatik Darul Ehsan. Shah Alam Seksyen 13.

​

15 Mei 2018 (Selasa). 3 petang. Pusat Akuatik Darul Ehsan. Shah Alam Seksyen 13.

​

15 Mei 2018 (Selasa) 6 petang. Pusat Akuatik Darul Ehsan. Shah Alam Seksyen 13.

​

16 Mei 2018 (Rabu) 9 pagi. Marina Putrajaya.

​

16 Mei 2018 (Rabu) 4 petang. Marina Putrajaya.

​

16 Mei 2018 (Rabu) 8 malam. Kompleks Kediaman Precint 16 Putrajaya.

​

19 Mei 2018 (Sabtu) 4 petang. Marina Putrajaya.

​

NUA CHE TAK

TRAINING CONSULTANT

Tel: 010 - 844  7237

8690, Jalan Sempadan Batu 7, Kg Sijangkang,

Telok Panglima Garang, 42500 Selangor,

Malaysia.

bottom of page